Assalamualaikum, good evening guys~~ *tak nak banyak cakap.*
-"Kalau hati ini rama-rama, maka terbanglah aku mencari dirimu yang hilang seribu hari dulu"
-"Kalau hati ini awan, hujan yang turun pasti menghanyutkanmu ke arahku"
-"Kalau hati ini petir, cahayanya akan menerangi malammu yang kegelapan"
-"Kalau hati ini guruh, dentam-dentumnya buat tidurmu hilang makna tenteram"
-"Kalau hati ini kaca, maka deraiannya tidak bisa dicantum semula"
-"Kalau hati ini kayu, serpihannya sudah lama lekang dek zaman luka terlalu lama"
-"Kalau hati ini api, baranya tak akan terpadam walau disimbah tujuh air lautan"
-"Kalau hati ini persimpangan, maka kekeliruan akan membawamu ke jalan tanpa penghujung"
-"Kalau hati ini sungai, berabad pun alirannya etap menghala ke arah yang sama"
-"Kalau hati ini bunga api, percikannya memeriahkan hidupmu yang lama suram tanpa aku"
-"Kalau hati ini teka-teki, pasti berkerut dahimu mencari jawapan yang tiada di mana-mana"
-"Kalau hati ini pelangi, berada di bawah lindungan langit yang sama, mengapa cahayaku tidak terbias di matamu?"
-"Kalau hati ini memori, mengapa engkau tidak mampu mengingatiku walau sudah berabad bersama?"
-"Kalau hati ini batu, pasti segala tingkahmu tidak akan aku pedulikan"
-"Kalau hati ini persoalan, ke manakah semua kesimpulan yang pernah engkau ajukan?"
-"Kalau hati ini ekonomi, maka kegawatannya buat engkau terpana"
-"Kalau hati ini udara, maka tanpamu tidak bernyawalah diriku"
-"Kalau hati ini jam, maka setiap detik adalah jantungku yang berdegup kerana dirimu"
-"Kalau hati ini rumput, warnanya kian suram dek hujan yang malu mahu berkunjung"
-"Kalau hati ini piano, maka alunan muziknya buat engkau mengenal erti sayu dan sendu"
-"Kalau hati ini cemburu, maka musnahlah aku dalam jiwa yang resah dan bergalau"
-"Kalau hati ini embun, kesuciannya buat kau sanggup menunggu aku seawal pagi mahu bertamu"
-"Kalau hati ini camar, sayapku takkan patah walau merentas seribu lautan"
-"Kalau hati ini dosa, maka ampunkan aku kerana hadir dalam hidupmu"
-"Kalau hati ini mawar, harumanku akan menemanimu walau kita terpisah antara dua benua"
-"Kalau hati ini mendung, maka gelap warnanya akan membuat kau lari menjauh"
-"Kalau hati ini kopi, pahitnya buat kau tersedar daripada mimpi yang menyesatkan"
-"Kalau hati ini warna, maka palitkan kanvas hidupmu agar ceria dan tidak jemu"
-"Kalau hati ini kamus, maka perbendaharaan kataku semua hanya tentang kamu"
-"Kalau hati ini hasad, jauhilah aku yang akan mengaibkanmu"
-"Kalau hati ini matematik, maka kiraannya pasti kau tambah aku, bersamaan dengan satu"
-"Kalau hati ini muzik, pasti engkau menyanyi siang dan malam tanpa henti"
-"Kalau hati ini selimut, maka terhindarlah dirimu daripada kedinginan malam"
-"Kalau hati ini kerajaan, maka bersemayamlah engkau di singgahsana dengan senyuman"
-"Kalau hati ini dacing, maka adilkah pembahagian antara kasih, sayang dan cinta?
-"Kalau hati ini atom nuklear, ledakannya membuat engkau terkesan beribu tahun lamanya"
-"Kalau hati ini curiga, maka selalulah aku didatangi gelisah dan engkau pula dikejar resah"
-"Kalau hati ini rahsia, maka debarnya hanya engkau dan aku yang tahu"
-"Kalau hati ini keju, maka cairlah aku setiap kali mendengar namamu"
-"Kalau hati ini bintang, maka akan kuterangi hidupmu biar jelas apa yang kau mahu"
-"Kalau hati ini kartun, selalulah aku ketawa melihat tingkahmu yang tidak berhenti menghiburkanku"
-"Kalau hati ini pakaian, maka kututupi kelemahanmu biar kau sentiasa gah di mataku"
-"Kalau hati ini minyak, maka berhati-hatilah engkau menatangku, jangan sampai tumpah lalu kehilangan"
-"Kalau hati ini kapal terbang, akan kuterbangkan dirimu agar selalu dekat dengan diriku"
-"Kalau hati ini kamera, aku rakamkan kenangan kita agar tidak pudar dan hilang daripada ingatan"
-"Kalau hati ini madu, maka khasiatnya buat aku sentiasa menginginkan engkau"
-"Kalau hati ini peluru, maka bedilannya akan memusnahkanmu yang berani melupakan aku"
-"Kalau hati ini mimpi, akan aku datangi malam-malammu hingga kau tak mampu lari walau sesaat daripadaku"
-"Kalau hati ini dermaga, berhentilah semua kapal mahu singgah di tempat yang kukhaskan hanya untuk dirimu"
-"Kalau hati ini cuaca, maka musim dingin ini sudah terlalu lama dilewati"
-"Kalau hati ini coklat, keenakannya membuatkan engkau lupa mana yang benar, mana yang palsu"
-"Kalau hati ini panadol, kau akan kembali riang dan sakitmu pasti tak berlarutan"
-"Kalau hati ini sutera, kelembutannya menghiasi peribadimu yang mewah dengan kasih sayangku"
-"Kalau hati ini cahaya, maka tahulah engkau, gelapnya duniaku tanpa dirimu"
-"Kalau hati ini renda, maka tenunannya tidaklah secantik mana"
-"Kalau hati ini guruh, maka dentumannya membuatkan engkau lari menjauh"
-"Kalau hati ini piala, maka kau akan aku idam sehingga ke hujung nyawa"
-"Kalau hati ini orkestra, susunan muzikmu jelas kini bercelaru"
-"Kalau hati ini lebuh raya, pasti jalannya yang lurus akan memudahkan aku mendekati engkau"
-"Kalau hati ini puncak Kinabalu, maka dakilah kerna aku tunggumu di situ"
-"Kalau hati ini suara, jeritanku langsung tidak kau dengari"
-"Kalau hati ini perisai, akan aku lindungimu daripada segala kepayahan"
-"Kalau hati ini dendam, maka segala dosa nikmatnya hanya sementara"
-"Kalau hati ini magnet, maka aku akan selalu merapatimu walau jauh di hemisfera yang berbeza"
-"Kalau hati ini ombak, maka kasihku ini tidak mengenal erti pasang surutnya"
-"Kalau hati ini bateri, dicas seribu kali, aku tetap tidak mampu menguasai"
-"Kalau hati ini tali, akan terikatkah engkau kepada aku?"
-"Kalau hati ini tasik, tenangkah aku bila kau menjauhkan diri?"
-"Kalau hati ini embun, seribu tahun menunggumu tetap tidak menjadi lautan"
-"Kalau hati ini amanah, berdosakah saat aku berasa putus asa?"
-"Kalau hati ini drama, akan menangiskah engkau saat tirai berlabuh?"
-"Kalau hati ini jendela, singgahkah angin dan bertamu memberi ketenangan?"
-"Kalau hati ini kismis, tujuh biji sehari akan membuatkan aku sentiasa mengingati engaku"
-"Kalau hati ini mesin perakam waktu, maka pudarlah dakwat tanda kerapnya kau datang dalam ingatanku"
-"Kalau hati ini ikan terubuk, sanggupkah engkau membuang semua tulang yang menjadi penghalang?"
-"Kalau hati ini air mata, akan banjirkah dunia yang penuh sengsara?
-"Kalau hati ini nangka muda, maka getahnya akan pasti sukar dibersihkan"
-"Kalau hati ini zat makanan, mengapa engkau berkeras enggan menjamah?"
-"Kalau hati ini marathon, maka larianmu hanyalah menuju kepadaku"
-"Kalau hati ini mikrofon, kuatkah naluri ini kau dengari?"
-"Kalau hati ini cendol, kemanisanku akan menghilangkan dahagamu"
-"Kalau hati ini superbike, akan kubawamu menjelajah seluruh dunia"
For you, if you read this, you will know how much I like you, how much I love you. Maybe you think I don't even care about you. But, please trust me. I'm the girl who REALLY care about you. When you're sick, I don't know what I can do for you. Anggaplah puisi ini (Alia rembat dari novel je) agar awak memahami isi hati saya.
p/s: Kak Lynn Dayana, sorry saya rembat puisi2 indah akak dari novel Tarikh Luput Cinta. Novel akak best gila la! =3

Lalalala
Thursday, February 28, 2013
Kalau Hati Ini...
Posted by Alia Salina at 2/28/2013 07:16:00 PM 0 comments
Friday, February 8, 2013
Plaster dan Ubat kuning
Assalamualaikum~~ ^^
Plaster? Ubat kuning? Apa benda tu?? Owh, semalam Alia jatuh kat basketball court. Main basketball la katakan. Main punya main memang ganaslah ceritanya. Yang tak percayanya, Alia dapat sambut bola. Sebelum ni, Alia takut nak sambut bola. Tetiba, Alia jadi versi Alia Ganas bukan Alia Lembut tau! Nak dipendekkan cerita, Alia nak tangkap bola dekat situ. Entah macam mana boleh tersilap langkah, tangan dah tangkap bola tapi terjatuh. Lutut kanan, tapak tangan kanan dan kiri terseret kat situ pulak!! Pergh, sakit sioooottt~~~ >.< Nasib baiklah mulut Alia tak cium court tu. Just, badan tu terhentak kat situ. Pedih seyh~~ T_T Cikgu Nanie cakap "Hmm, jatuhnya comel sangat."
My reaction just... "Aku jatuh comel? Tak comellah cikgu." Itupun Alia merungut dalam hati je la. Mujurlah Safiyah teman Alia. Basuhkan luka Alia lagi. Sebab dah lama tak jatuh, sakitnya sampai Alia kena solat duduk. Sakitnya macam patah tulang walaupun yang koyaknya kulit aje. Luka pun luka kena seret je tapi sakitnya hilang waktu cuti sekolah. Alhamdulillah... Memang meninggalkan parut berwarna pink. Dan Alia KENA beli Bio Oil untuk hilangkan parut. Haih... Kejatuhan yang sangat teruk. -____-

Posted by Alia Salina at 2/08/2013 07:31:00 PM 0 comments
Sunday, February 3, 2013
February
Hello~~ =D
It's February already. Yeah, a new month but my love seems never fade. I'm still the old Nabila. The old Nabila who always in love with you. Yeah, it seems to be i'm in love with you for a long time.

Posted by Alia Salina at 2/03/2013 07:18:00 PM 0 comments

