BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Lalalala

Friday, May 24, 2013

Blogger-ing~~

Assalamualaikum~~

Phew, dah lama tak blogger-ing! Busy punya pasal memang jadi macam inilah! Kelas tutorial? Ye! Sangat-sangat menyeksa mata! Tuisyen? Bolehlah juga! -____-

Wednesday, March 20, 2013

Pujian- Dipuji- Memuji

Assalamualaikum~~

Puji. Pujian. Kepujian. Memuji. Dipuji. Terpuji. Tengok la, Alia dah list-kan perkataan yang ada kaitan dengan PUJI. Pernah tak dipuji orang? Rasanya lebih 90% manusia kat muka bumi ini selalu dipuji dan suka sangat dirinya dipuji. Tapi kebanyakannya orang yang dipuji ni akan control macho sikit padahal dalam hati punya la penuh dengan kebunga-bungaan. Yang itu untuk lelaki yang selalu cover macho. Kalau lelaki naif, dia tak sedar dia dah tunjuk ke-BLUSHING-an dia tu. Mostly, perempuan akan cepat blushing bila dipuji. Normal la kan? Ada ke orang puji tapi dia marah dengan pujian tu? Mungkin orang tu ada tekanan dan pesimis. Bila dipuji, dianggap sindiran. Yang tu pun payah jugak. Alia? Alia kalau dipuji (selalunya mam membodek dengan pujian yang berbakul-bakul banyaknya), Alia tak ada rasa apa-apa pun. Paling okey la, Alia senyum tersipu-sipu. Cuma, kali ni keadaan bertukar 360 darjah daripada sifat Alia.

Kali Alia dipuji oleh lelaki, Alia cepat-cepat singkirkan daripada memori Alia. Cuma, bila dengan adik angkat Alia aka 'kesuamian' Alia di koperasi tu yang buat Alia blushing. Dia puji sedikit, merahnya sampai satu muka. :3 Alia ni payah sikit dalam bab-bab meredakan kemerahan muka Alia. Susah untuk Alia meredakannya lebih-lebih lagi melibatkan warna kulit Alia yang cerah tu. #LOLSempatPerasanLagi? Dan selalu kantoi dengan adik-adik angkat Alia. Dahlah, tiga-tiga adik angkat Alia tu lelaki. Alia pun terpaksa tundukkan muka Alia depan diorang. Nakal sunguh itu budak-budak! Oklah, Alia rasa mengantuk. Bye!

Wednesday, March 6, 2013

Gangguan

Assalamualaikum.

Gangguan? Apa maksud gangguan yang Alia nak katakan? Gangguan sebab kawan menyakat? Gangguan sebab stalker tak habis-habis stalk sampai macam jadi pembunuh bersiri? TAK! Alia tak cakap pasal tu. Alia cakap pasal gangguan makhluk halus. Alia ni tak berapa terror sangat dalam hal-hal ni. Tapi Alia ada discover pasal histeria ni kat blog ni :3 Ada jugak pengalaman sekolah yang ada pelajar terkena histeria.. :/

Apakah Histeria?
Pengalaman semasa SMSS diganggu

Mungkin entry kali ni Alia tak banyak cerita. Sebab Alia terlalu busy dan amat busy. Dengan ujian bulan Mac lagi. Memang masalah la ceritanya. Lusa pula merentas desa. Ok, masa untuk belajar + tidur! Chow dulu.

Assalamualaikum :3

Saturday, March 2, 2013

Seramkah?

Assalamualaikum~~~ ^^

Alia ada satu cerita. Mungkin ini tidak masuk akal bagi orang lain. Hari rabu Alia pergi hujung bangunan sekolah. Alia tertarik nak pergi situ. Walaupun orang kata, tempat tu agak 'keras' waktu malam-malam buta or pagi-pagi buta gitu. Dengan kedegilan yang sangat tinggi, Alia pergi situ. Pada mulanya, memang tak ada apa pun. Cuma badan Alia seram sejuk semacam. Tapi Alia buat tak endah je. Lampu tandas kat hujung bangunan tu asalnya tertutup dan memang tak ada sesiapa pun kat situ. Hanya Alia SORANG je kat situ. Setakat tu, memang Ali tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya Alia nampak dengan mata kasar Alia. Entah macam mana, bila Alia nak blah dari tempat tu, Alia terpandangkan tingkap tandas kat hujung bangunan (kat tempat Alia berdiri 3 meter dari situ). Menyala pula tu. Alia dah mula suspen. "Bukan ke lampu tadi tertutup? Jangan-jangan betul apa yang Danial cakap. Wargh... gawat, gawat T_T" Alia cepat-cepat blah dari situ. Sempat lagi tau tutup suis lampu tandas. Yang tak tahannya, pintu tandas tu sedikit terbuka. Tapi, Alia tak sempat nampak apa-apa pun. Nampak kain putih ke rambut putih ke, muka buruk ke, Alia tak nampak. Bila Alia dah tutup suis lampu, Alia berjalan macam biasa. Tapi Alia dengar macam orang berjalan belakang Alia. Alia toleh belakang, tak ada sesiapa pun kat sana. "AH, SUDAH!" Alia blah lepas tu. Tapi, Alia rasa Alia macam dirasuk tau. Jalan macam hantu. Badan seram sejuk semacam. Maybe halusinasi je kut sampai terbawa-bawa perasaan takut tu. Ok la, tak nak banyak cerita lagi. Alia nak tengok cerita Indon SARANG KUNTILANAK. Chow dulu... ^^