BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Lalalala

Saturday, March 2, 2013

Seramkah?

Assalamualaikum~~~ ^^

Alia ada satu cerita. Mungkin ini tidak masuk akal bagi orang lain. Hari rabu Alia pergi hujung bangunan sekolah. Alia tertarik nak pergi situ. Walaupun orang kata, tempat tu agak 'keras' waktu malam-malam buta or pagi-pagi buta gitu. Dengan kedegilan yang sangat tinggi, Alia pergi situ. Pada mulanya, memang tak ada apa pun. Cuma badan Alia seram sejuk semacam. Tapi Alia buat tak endah je. Lampu tandas kat hujung bangunan tu asalnya tertutup dan memang tak ada sesiapa pun kat situ. Hanya Alia SORANG je kat situ. Setakat tu, memang Ali tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya Alia nampak dengan mata kasar Alia. Entah macam mana, bila Alia nak blah dari tempat tu, Alia terpandangkan tingkap tandas kat hujung bangunan (kat tempat Alia berdiri 3 meter dari situ). Menyala pula tu. Alia dah mula suspen. "Bukan ke lampu tadi tertutup? Jangan-jangan betul apa yang Danial cakap. Wargh... gawat, gawat T_T" Alia cepat-cepat blah dari situ. Sempat lagi tau tutup suis lampu tandas. Yang tak tahannya, pintu tandas tu sedikit terbuka. Tapi, Alia tak sempat nampak apa-apa pun. Nampak kain putih ke rambut putih ke, muka buruk ke, Alia tak nampak. Bila Alia dah tutup suis lampu, Alia berjalan macam biasa. Tapi Alia dengar macam orang berjalan belakang Alia. Alia toleh belakang, tak ada sesiapa pun kat sana. "AH, SUDAH!" Alia blah lepas tu. Tapi, Alia rasa Alia macam dirasuk tau. Jalan macam hantu. Badan seram sejuk semacam. Maybe halusinasi je kut sampai terbawa-bawa perasaan takut tu. Ok la, tak nak banyak cerita lagi. Alia nak tengok cerita Indon SARANG KUNTILANAK. Chow dulu... ^^

0 comments: