BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Lalalala

Wednesday, June 6, 2012

Hamster o Hamster! 0.o

Inilah dia, hamster-hamster keluarga Alia  Dalam gambar ni, Alia tak boleh nak bezakan jantina diorang sebab saiz pun lebih kurang je. tapi di mata Alia, slightly obvious yg seekor tu badannya besar sedikit.


Semalam parents Alia belikan hamster untuk kitorang adik-beradik. Nama dia? Apple and Strawberry. Cute gila. Hamster ni ada banyak species tapi yang Alia boleh nampak kat mana-mana kedai dua je la Syrian Hamster dan Dwarf Hamster. Dwarf Hamster ni ada banyak jenis tapi pilihan family Alia Winter White Dwarf Hamster. Punyalah panjang nama diberikan. Umur dia baru sebulan dua cenggitu la. Comel kan? Nak tahu pula sangkar dia macam mana? Macam ni la:


Sangkarnya macam ni ha. Alia tak nak yang grand sangat mengalahkan tuan hamster ni. Sedangkan tuannya sederhana walaupun orang cakap rumah tuan hamster ni besar. Biarlah bersederhana daripada grand. Kang, manja gila la jawabnya. (chopstick tu inter frame plak =,=' asalnya, guna untuk masukkan makanan hamster yang sudah disepahkan oleh Apple)
Kat kedai, macam-macam jenis sangkar Alia nampak. Ada yang warna HIJAU, ada terowong (tapi Alia rasa tak berbaloi beli yang terowong tu sebab hamster aku ni manalah reti sangat nak panjat-panjat. Gayat wei. Macam Alia juga), ada warna PINK, BIRU. Ada juga sangkar hamster ala-ala khemah orang asli. Apa namanya eik? Hah, tupik. Tupik ke? 0.o Itu yang Alia ingat bila kali terakhir Alia belajar Geografi tahun lepas. Dekat gambar ni, memang tak nampak gelongsor untuk menyambungkan tingkat atas. Strawberry ni reti nak naik atas tapi gayat nak turun bawah guna gelongsor. Last-last terjun dekat hujung tu.


Strawberry akan lompat/terjun kat situ. T_T Alahai, dia cuma reti panjat ke atas tapi tak reti turun sebab GAYAT punya pasal.
Apple pula suka buat hal. Dah namanya jantan kan? Dia ni memilih sikit (sikitlah sangat. BANYAK adalah) lebih-lebih lagi bab-bab makanan. Tengok tuan dialah, kan? Dia suka kacang tapi dia tak suka dedak dan jagung. Almaklumlah, dia suka yang organic food only. 


Itulah Apple. Dia otw ke bowl yg berisi makanan. Alia sendiri pun tak tahu apa yang dipunggahnya. Lepas dipunggah,  habis bersepah makanan atas sawdust tu. Tapi Alia suka kerenah diorang.
Itulah, sampai sini sahaja. Alia nak satu dunia tahu yang Alia ni PENCINTA HAIWAN COMEL!

0 comments: