Assalamualaikum~~ annyeonghaseyo!! ^^
Ok, hari ni Alia cakap pasal JINAK. Apa yang jinaknya? The bulus-bulus hamsters Alia jinak? Itu tak payah cerita pun tak apa. Alia berjinak-jinak untuk jadi perempuan yang jinak-jinak merpati? Urghh... Please la~~ Itupun bukan jugalah. Sekarang ni Alia pening la buat cerita rekaan pasal cintan-cintun. Tension nak kena fikir. Disebabkan Alia syok dengan filem/drama genre seram, Alia berjinak-jinak untuk mereka novel seram. Ia tidak mungkin diterbitkan. Low self-confidence la. Alia x tau la Alia dapat buat karya yang terbaik ke tak. Setakat ni, nama watak dah ada. Jalan cerita tu tak ada lagi. Watak heroin dalam cerita tu memang tomboy. Watak hero dalam cerita ni pulak, I'm not sure. Sama ada kawan baik heroin tu atau kawan baik kepada kawan baik heroin tu. (If you understand what I'm saying la =/). Tapi, yang pastinya heroin tu cuma ada keluarga angkat. Keluarga kandung pulak dah mati. Nenek heroin tu ada saka. Argh, malas la nak cerita banyak. Kang, kantoi la jalan cerita Alia nanti. Ok la, chow dulu!! ^^
p/s: To my sweetheart, why your smile makes me melting even though, I'm only staring your picture? :3
Lalalala
Thursday, January 31, 2013
Jinak
Posted by Alia Salina at 1/31/2013 07:30:00 PM 0 comments
Saturday, January 19, 2013
Di Sebalik Tabir "Kisah Sang Perindu"
Assalamualaikum~~ Ok, Alia try pulak buat kisah si virus Influenza C. Ya, memang semua sudah sedia maklum bahawa setiap perasaan yang hadir dalam hati itu semuanya kerana Allah. Orang katalah cinta itu macam virus. Mula-mula kita tak sedar, lama-lama apabila ia merebak barulah nak sedar. Ok, tanpa buang masa, bacalah puisi Alia yang tidaklah sesempurna mana. *kenyit mata*
Hai, saya virus influenza!!
"Influenza?
Apakah ia?
Adakah ia suatu virus yang sangat berbahaya?
Virus ini boleh berjangkit pada orang lain?
Tidak!"
Saya bukan sejenis virus itu
Saya dinamakan virus Influenza C
Influenza C?
Sejak bila pula ada Influenza C ni?
Okay, let me tell you~
Influenza C stands for Influenza Cinta!
Sayalah virus cinta di hati sang gadis itu.
Saya dihantar oleh sang pujangga itu
Melalui panahan matanya
Saya turun ke hati sang gadis tanpa diaktifkan
Mungkin gadis itu tidak menyedari kehadiran saya
Sedihnya~~ T_T
Saya pun duduklah dalam lubuk hatinya
Dah nak dekat setahun la melepak di situ
"Argh!! Penatnya menunggu!!
Perempuan ni memang tak sedar kehadiran aku ke?
Lelaki tu ada depan mata je
Tapi tak terkesan pun?
Pergh... memang blur la minah ni!
Apa aku nak buat?
Bukan ke mamat ni termasuk dalam taste minah ni?
Mungkin panahan mata mamat ni tak terror sangat kut!"
Memang saya mengeluh bagai nak gila.
Okeylah, duduk setahun dalam hati gadis ni pun jadilah
Sekali lagi gadis itu terserempak dengan pujangga itu
Yes! Akhirnya saya diaktifkan juga! >0<
Kali ini, kawan baik saya yang hadir
Iaitu SUKA dan MINAT
Dia pun mula berMINAT untuk tahu tentang pujangga itu
Apa yang akan terjadi?
Posted by Alia Salina at 1/19/2013 07:02:00 PM 0 comments
Thursday, January 17, 2013
Tersasar Jauh Part 2
Assalamualaikum... ^^
Ok, Alia sambung balik topik yang sudah lama terbengkalai tu. Selepas 1 hari Alia couple, ada rasa terseksa sikit la. Dah la Alia couple time Alia suka 'Sungmin'. Seriously terseksa gila~~ :'( Lepas tu, Alia bagitau Sofina pasal benda tu. Sofina merungut kat Alia, "Wei, kenapa kau couple dengan dia? Aku tak suka kau couple dengan dia. Aku tahu kau buat keputusan terburu-buru. Kau kena tahu, kau ni dah terlalu baik untuk dia. Ada orang yang jauh lebih baik untuk kau. Lagipun, aku nak sangat tengok kau dengan 'Sungmin' ada happy ending. Wei, kau clash la dengan dia! Clash la! Lagipun, kalau kau couple dengan dia, nanti kau tak concentrate dalam pelajaran." (ayat tu sudah ditukarkan dengan ayat lain. Sebarang nama lelaki sudah di-censored. So, tak ada siapa tahu Alia suka siapa. Nama dia pun sudah ditukar kepada 'Sungmin') Setelah difikir 100 kali, Alia pun buatlah keputusan. Bukan Alia ni playgirl. Cuma, Alia dah tension dengan komitmen yang makin lama makin menghimpit nafas dan fikiran Alia. Tak sampai seminggu, Alia minta clash. Cukuplah, taubat tak nak couple lagi dah... Serious MENGERIKAN!!! T_T Mau terseksa jiwa, terseksa menahan perasaan suka, terseksa apa lagi entah. Tapi, salah Alia jugak sebab menerima proposal dia tu.
"Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata tak boleh nak buat apa."
-Hah, yelah tu peribahasanya. Alia pun tak berapa pasti sangat.-
Pengajaran yang boleh didapati, janganlah buat keputusan terburu-buru. DAN, berfikir dulu sebelum bertindak~~ ^^
[p/s: Masih lagi menyesal sampai sekarang. Alia nak bunuh Nabila!!! >.< Alia nak jadi Alia. I mean, Alia yang berfikiran matang. =) ]
Posted by Alia Salina at 1/17/2013 06:54:00 PM 0 comments
Friday, January 11, 2013
Kisah Sang Perindu
Assalamualaikum~~ *diharap sepanjang baca puisi yang boleh dikatakan menjadi, dengarlah lagu A 'Good' Bye, Daydream, Memories dan Storm. Kalau tak faham lagu pun tak apa*
Ini kisah seorang sang gadis yang amat merindui seseorang
Seseorang yang sentiasa berada dalam hatinya
Seseorang yang selalu menyinari hidup sang gadis tanpa dia sedari
Sang pujangga itu tidak menyedari tentang itu
Malah, gadis itu sememangnya tidak mahu pujangga itu mengetahuinya...
Sang pujangga itu sentiasa hadir ke sekolah
Sang gadis itu sentiasa tersenyum setiap kali melihat sang pujangga itu
Malah, gadis itu mengibaratkan sang pujangga seperti matahari...
Matahari yang memberi sinar kepada pokok-pokok.
Bulan demi bulan berlalu...
Sang gadis itu tidak menyedari sang pujangga bakal meninggalkan hidupnya
Bukan dia tidak menyedari...
Tetapi sememangnya dia tidak mahu menyedari hakikat itu
Takut ia menambahkan tekanan dalam hidupnya
Hakikat bahawa sang pujangga itu akan meninggalkan dirinya
Dia mungkin takkan muncul lagi dalam hidup gadis itu...
Gadis itu buntu...
Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat...
Apa yang dia boleh buat hanyalah menyebut namanya dalam setiap doa...
Dia hanya dapat mengucapkan "selamat berjaya"
Walaupun dia tidak dapat mendengarnya
Setiap kali dia menyebut nama pujangga itu..
"Ya Allah, tolong lindungi dia...
Walau apa pun yang terjadi, jangan biarkan dia kehilangan hatinya...
Jangan biarkan dia dihurung kesedihan...
Walau berapa kali dia menitiskan air mata atau tersungkur,
Tolong berikan dia kekuatan untuk bertahan...
Tolong pertemukan dia dengan orang yang baik-baik...
Tolong... tolong lindungi dia, Ya Allah..."
Sang gadis itu merelakan pemergian sang pujangga itu
Dia berharap sang pujangga itu berjaya dalam hidupnya
Namun, apa yang berlaku sebelum itu berubah secara mendadak
setelah tahun baru menyapa hidup sang gadis itu...
Sang gadis itu sudah mengetahui kebenarannya
Bahawa dia tidak merelakan pemergiannya
Kehidupan sehariannya turut berubah...
Daripada menjadi seorang periang,
Dia menjadi seorang yang pendiam
Dan seringkali terbawa-bawa perasaan
Perkara itu membimbangkan sahabatnya...
Bila ditanya,
Dia hanya tersenyum dan menyambung lamunannya...
"Dahulu sejak dia berada di sini
Bila kau menyebut nama dia, mata kau berkilauan
Muka kau kemerah-merahan seperti kau baru terserempak dengannya
Aku tahu yang sebenarnya kau menyukai dia dari dahulu lagi.
Sudah lama aku perhatikan kau sejak dia muncul lagi"
Teman yang duduk di sebelah sang gadis itu menceritakan tentang itu...
Saat itu, dia baru mengetahui kebenarannya...
Dia menyesal...
Dia kecewa dengan dirinya...
"Mengapa aku baru mengetahui perkara ini?
Saat dia berada dalam hidupku,
Aku tidak pernah mengetahui perasaan ini!
Kenapa?!
Bodohnya aku!"
Sang gadis itu mengeluh dengan nada yang lirih, sayu.
Dia tidak menyangka pertemuan pertamanya dengan sang pujangga itu
Membuahkan segalanya...
Panahan mata lelaki itu menusuk hati dan jantungnya!
Cuma, dia terlalu bodoh untuk menyedari hakikat itu
Tinggallah sang gadis itu menjadi perindu yang setia...
Pemergian sang pujangga itu mengajarnya
Erti setia...
Erti keikhlasan...
Erti kejujuran...
Pemergian lelaki itu juga mengajarnya menjadi pencinta
Pencinta yang setia...
Kala hati sedang merinduinya...
Dia sering mengelamun...
Seperti tiada jiwa...
Seperti bukan dirinya!
Apabila namanya disebut oleh sahabat gadis itu...
Mata dia hampir berkaca-kaca...
Air mata bergelinang di tubir mata...
Pipinya terasa hangat dibasahi air mata...
Dia cuba menahan rasa itu...
Dia cuba...
Tetapi...
Dia tidak berjaya...
Walaupun di luarannya dia tidak menangis...
Esakan di hatinya...
Tiada siapa yang tahu melainkan dirinya dan Allah yang Maha Esa!
Dia hanya berharap...
Akan ada pertemuan kedua...
Dia hanya berserah kepada-Nya...
Siapakah 'sang gadis' dan 'sang pujangga' itu?
Adakah ini realiti hidup yang sebenar-benarnya?
Usah menambahkan persoalan dalam kotak fikiranmu...
Posted by Alia Salina at 1/11/2013 11:51:00 PM 0 comments
Thursday, January 10, 2013
Cermin Mata Baru... 0.o
Assalamualaikum... Hello hello~~ ^^ (mood happy gila)
Hari ni Alia happy gila. Super duper happy tau tak? Kenapa? Kenapa? Sebab dapat tengok gambar 'Sungmin' Alia. Neeehh, lepas tu dapat telan air cincau. Yelah, apa barang cincau dalam tin? Kalau buatan sendiri tu yang NIKMAT. Uuu~~
Okay, Alia ada cermin mata baru. Warna blue-black gitu. Cute ouh... ni ha, gambarnya~~ ^^
Alia tahu gambar yg Alia snap tak berapa cantik. I'm not like 'Heechul ' & 'Sungmin' |
Nampak pelik aje kan gambar tu? Pelik pun peliklah. Last year, Alia jarang pakai spec sampai power pun naik. Kanan 125, kiri 175. Power tak sama pulak tu. Naik 25 kiri kanan. Alia memang selesa tak pakai spec. Sebab? Sebab Alia nak tunjuk mata Alia yang berkilauan. =P LOL, gurau ajelah. Alia rasa tak selesa. Sudah lama tak pakai memang jadi macam tu la. Alia pakai time Alia nak belajar. Tulisan kat papan putih kat makmal fizik tak nampak. Dah rabun, memang patutlah buat cara orang rabun! Tapi Alia tak menyedari hakikat yang Alia ni rabun jauh tahap gigabyte (tak adalah teruk sangat). Sampai di sini sahaja entry Alia. Bye~~

Posted by Alia Salina at 1/10/2013 06:55:00 PM 0 comments
Sunday, January 6, 2013
Kpop Haters?
Assalamualaikum~~~ Hello hello~~ *argh, betulkan fius wayar otak* Okay, time to serious!!
" Kpop suka melalaikan perempuan Islam. So, aku benci Kpop."
"Kpop anjing dan bla3...."
Tajuk hari ini Kpop haters. Hmm... dikatakan ramai jugak la yg benci kpop ni. I don't know why. Ada ke the kpoppers mengganggu hidup korang? Rasanya tak kan? Ada kpoppers ganggu kucing korang nak beranak? Tak ada juga kan? Kpoppers, kpoppers la. Orang, orang la. Kpop melalaikan? Yeah, bagi orang yang menyalahgunakan memang sah-sah la melalaikan. Alia kpoppers, ada ke diorang buat Alia lalai? Tak ada kan? Kalau ia melalaikan, dah lama solat Alia tunggang-langgang. Hakikatnya, solat Alia terjaga setakat ni. Don't judge kpoppers macam tu la! Tak semestinya lirik lagu korea boleh hafal tapi baca Al-Quran tunggang-langgang? Ada je orang expert macam kawan Alia tu. Lirik lagu hafal, bacaan ayat suci Al-Quran ok je. Tak ada pun kesalahan tajwid semua tu.
AND, ada ke kpop boleh buat orang tukar agama semata-mata nak kahwin dengan bias diorang? 0.o Tak kan? Malah, ada yang berangan bias diorang convert to Islam and tahu pasal Islam. Then, berangan kahwin dengan bias yang dah convert tu. Berangan pun jadilah. Alia pun pernah berangan Sungmin masuk Islam, masuk JAWI, mendalami Islam, kahwin dengan Alia. Kalau Allah dapat bukakan hati Sungmin convert to Islam, Alia lagi happy. Walaupun Sungmin dah 28 (I guess so), dia still nampak muda (melalut pulak!). Kpop haters ni memang pelik la. Kpop idols (lebih-lebih lagi Super Junior) ada kata Malaysians ni peramah, baik. Diorang hargai warga Malaysia yg selama ni jadi kpoppers. Diorang terima kita, kenapa kita tak boleh terima diorang? TAPI, yang paling tak tahan, kata kpop haters tapi tengok Running Man. Ke-'pandai'-an terserlah di situ!!! Tak sedar ke Running Man tu datang dari Korea? See??? Kpop ada buat kita terhibur dari segi reality show diorang. Macam Running Man tu la. Ada mission yang menarik di setiap tempat kat Korea, lepas tu ada sesi main sorok-sorok. Tak dapat pergi Korea, pun tak pe la. Tengok RM pun dapat tahu setiap tempat kat pelosok negara Korea.
One more, ada kpoppers sanggup convert ke agama lain sebab kecewa tak dapat jumpa bias diorang? Ada? Ada? Tak ada kan? Kpoppers pun ingat agama jugak la. Kpoppers pun sedar juga la asal-usul diorang. Ada ke diorang jawab soalan "Kau lahir kat mana?" dengan "Ouh, aku lahir kat Seoul! (unless ada bukti yg dia lahir kat situ disebabkan family tu ada urusan kerja kt situ)". Tak adanya nak jawab macam tu. Buka mata, pandang sekeliling la. Korang tanya Alia "Kau lahir kat mana?", confirm la Alia jawab "Ouh, aku lahir kat Hospital Pakar Johor, Johor (dengan bangganya!!! Hehehe~~)" Sememangnya Alia ni anak jati Johor Darul Takzim tau! Wokay la, sampai sini je dapat Alia update. Sakit perut menyerang dan menyengat kat bahagian kiri perut. Chow dulu!! Assalamualaikum *clap hands sorang2*
Posted by Alia Salina at 1/06/2013 12:26:00 AM 0 comments
Tuesday, January 1, 2013
Tersasar jauh part 1
Assalamualaikum~~ Ada orang kat rumah tak? *buka pintu* *nampak bias (my Sungmin SJ oppa~~)* Annyeonghaseyo~~ ^^
Wokayh, hari tu Alia ada cakap pasal fikiran Alia tersasar jauh. TERSASAR JAUH?? Apa kebenda tu? *seram tak tajuknya? Kalau tak seram, bacalah entry ni kat tanah perkuburan. Confirm seram kerana semestinya pontianak, pocong, penanggal, langsuir pasti akan menemani anda*. Ok, cut that crap, Alia! Focus, please double focus, okay? Memang sudah sedia maklum yang makhluk bernama manusia pasti akan melakukan kesalahan dalam hidupnya kan? Ia bermula apabila Alia chatting dgn kawan Alia (lelaki) kat fb. Alang-alang dia kawan Alia, apa salahnya chatting kan? Sampai la seketika itu dia beritahu yang dia suka Alia. Pergh... mcm tak percaya je dia suka Alia. Form 1 Alia kenal dia. Dia kata waktu tu dia start suka Alia. Alia ada terfikir jugak kenapa dia suka Alia. Paras rupa? Memang sudah confirm awal-awal lagi Alia tak ada la comel atau cantik sangat. Perangai? Ah, malas nak fikir. Tapi si manusia ni beritahu dia suka Alia pasal Alia comel. Tidakkah pelik namanya tu? Dia suka orang pasal paras rupa. Seriously, Alia tak faham. Then, dia kata la bila dia chat lagi dengan Alia, perasaan dia datang balik. Alia yang malu-malu mcm dia ada kat depan mata Alia. Sebenarnya, Alia tak berharap pun dia yang cakap mcm tu. Lagi bagus kalau 'Sungmin' Alia beritahu benda mcm ni sebijik sebetik kat Alia. Mesti la Alia akan jadi orang yg paling bahagia kat dunia ni. Contoh la, dengan dialog seperti di bawah:
"Sebenarnya _____ suka Nabila sejak _____ ternampak Nabila di *pertemuan pertama Alia dengan 'Sungmin'." -'Sungmin'
"Actually, Nabila pernah suka _____ dulu-dulu. Cuma Nabila tak sedar kehadiran perasaan tu" -Alia
Ahh, sweet gila. Lagi bagus luahan ni Alia dengar daripada 'Sungmin' time dah kahwin. Pergh... awal-awal lagi dh built castle in the air. Entah hidup ke tak Alia waktu tu. Berangan je la keje Alia sejak cuti sekolah ni. Tengok, dah menyimpang 360 darjah daripada topik sebenar. Sambung balik, si mamat ni mintak la number hp Alia. Taubat tak nak bagi number hp lagi sebab Alia pernah dapat panggilan lucah. Lepas tu, Alia terpaksa la sign out fb Alia.
*Beberapa jam kemudian...*
Alia dapat sms daripada dia. Dia propose Alia jadi makwe dia. Disebabkan waktu tu Alia hampir nk putus asa, Alia terima. Tak ke namanya bodoh kalau hati tu dh berpunya tapi jadi makwe orang? Waktu tu, memang Alia menyesal gila couple. Perasaan terkongkong, cakap pasal 'Sungmin' pun tak ada gunanya. Rasa terikat dengan hubungan. Tak sampai seminggu, Alia minta clash. Itupun atas nasihat Safiyah dan Sofina. Rasa kesian kat mamat tu adalah juga. Tapi hati Alia ni lagi terseksa menahan perasaan. Alia suka 'Sungmin' tapi Alia couple dengan orang lain. Mulut ni pula tak boleh kunci. Ok la, sambung part 2 nnti
Posted by Alia Salina at 1/01/2013 06:52:00 PM 0 comments
New Year!!
Assalamualaikum and annyeonghaseyo~~
Semenjak tahun baru bermula, Alia dah buat upacara berkabung. *sila la pasang lagu A 'Good' Bye' di mp3 blog Alia* 2012 hilang macam tu je di mata Alia. Alia tak suka tahun baru. Bagi Alia, 2012 adalah segalanya bagi Alia. T___T
Nak tahu kenapa?
Alia terserempak dengan family Fatin dan disebabkan pertemuan kedua itu la Alia baru sedar yang Alia sukakan dia. Since Alia dari form 2 lagi. Pertemuan pertama membuahkan segalanya. Dari perasaan gembira terserempak dengan Fatin, kekok bila ternampak abang dia sampai la terkesima time tengah melambai kat Fatin *terkesima bhai~~*. Abang dia melambai kat Alia ke otak Alia yg sewel2 waktu tu. Memang banyak kali Alia tepuk2 pipi Alia. "Mimpikah aku atau aku yang rabun?" Itu yg Alia terfikir sampai sekarang. Tapi rasanya, boleh jadi kes macam tu. Orang yang rasa gentar nak pergi menunaikan umrah memang melambai kat mana-mana orang. Orang kata camne ek? "Hah, aku bye2 kau la walaupun aku tak kenal kau" Mungkin boleh jadi macam tu. So, Alia anggap itu perkara biasa. Bulan Mac ni, mama dan abah pergi umrah. Pergi KLIA sememangnya membuatku teringatkan peristiwa itu. Sudah 2 tahun lebih selepas peristiwa itu. Haih, rindunya dengan peristiwa itu~~ Semakin lama Alia teringatkan dia, semakin kuat perasaan ini. Alia nampak angau kan? Memang Alia angau kat dia pun. Untuk hilangkan ke-angau-an ini, Alia mem-blah-kan diri dulu. Tata~~ ^^
Posted by Alia Salina at 1/01/2013 04:27:00 PM 0 comments