Assalamualaikum~~~ Hello hello~~ *argh, betulkan fius wayar otak* Okay, time to serious!!
" Kpop suka melalaikan perempuan Islam. So, aku benci Kpop."
"Kpop anjing dan bla3...."
Tajuk hari ini Kpop haters. Hmm... dikatakan ramai jugak la yg benci kpop ni. I don't know why. Ada ke the kpoppers mengganggu hidup korang? Rasanya tak kan? Ada kpoppers ganggu kucing korang nak beranak? Tak ada juga kan? Kpoppers, kpoppers la. Orang, orang la. Kpop melalaikan? Yeah, bagi orang yang menyalahgunakan memang sah-sah la melalaikan. Alia kpoppers, ada ke diorang buat Alia lalai? Tak ada kan? Kalau ia melalaikan, dah lama solat Alia tunggang-langgang. Hakikatnya, solat Alia terjaga setakat ni. Don't judge kpoppers macam tu la! Tak semestinya lirik lagu korea boleh hafal tapi baca Al-Quran tunggang-langgang? Ada je orang expert macam kawan Alia tu. Lirik lagu hafal, bacaan ayat suci Al-Quran ok je. Tak ada pun kesalahan tajwid semua tu.
AND, ada ke kpop boleh buat orang tukar agama semata-mata nak kahwin dengan bias diorang? 0.o Tak kan? Malah, ada yang berangan bias diorang convert to Islam and tahu pasal Islam. Then, berangan kahwin dengan bias yang dah convert tu. Berangan pun jadilah. Alia pun pernah berangan Sungmin masuk Islam, masuk JAWI, mendalami Islam, kahwin dengan Alia. Kalau Allah dapat bukakan hati Sungmin convert to Islam, Alia lagi happy. Walaupun Sungmin dah 28 (I guess so), dia still nampak muda (melalut pulak!). Kpop haters ni memang pelik la. Kpop idols (lebih-lebih lagi Super Junior) ada kata Malaysians ni peramah, baik. Diorang hargai warga Malaysia yg selama ni jadi kpoppers. Diorang terima kita, kenapa kita tak boleh terima diorang? TAPI, yang paling tak tahan, kata kpop haters tapi tengok Running Man. Ke-'pandai'-an terserlah di situ!!! Tak sedar ke Running Man tu datang dari Korea? See??? Kpop ada buat kita terhibur dari segi reality show diorang. Macam Running Man tu la. Ada mission yang menarik di setiap tempat kat Korea, lepas tu ada sesi main sorok-sorok. Tak dapat pergi Korea, pun tak pe la. Tengok RM pun dapat tahu setiap tempat kat pelosok negara Korea.
One more, ada kpoppers sanggup convert ke agama lain sebab kecewa tak dapat jumpa bias diorang? Ada? Ada? Tak ada kan? Kpoppers pun ingat agama jugak la. Kpoppers pun sedar juga la asal-usul diorang. Ada ke diorang jawab soalan "Kau lahir kat mana?" dengan "Ouh, aku lahir kat Seoul! (unless ada bukti yg dia lahir kat situ disebabkan family tu ada urusan kerja kt situ)". Tak adanya nak jawab macam tu. Buka mata, pandang sekeliling la. Korang tanya Alia "Kau lahir kat mana?", confirm la Alia jawab "Ouh, aku lahir kat Hospital Pakar Johor, Johor (dengan bangganya!!! Hehehe~~)" Sememangnya Alia ni anak jati Johor Darul Takzim tau! Wokay la, sampai sini je dapat Alia update. Sakit perut menyerang dan menyengat kat bahagian kiri perut. Chow dulu!! Assalamualaikum *clap hands sorang2*
Lalalala
Sunday, January 6, 2013
Kpop Haters?
Posted by Alia Salina at 1/06/2013 12:26:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment