Assalamualaikum~~ Ada orang kat rumah tak? *buka pintu* *nampak bias (my Sungmin SJ oppa~~)* Annyeonghaseyo~~ ^^
Wokayh, hari tu Alia ada cakap pasal fikiran Alia tersasar jauh. TERSASAR JAUH?? Apa kebenda tu? *seram tak tajuknya? Kalau tak seram, bacalah entry ni kat tanah perkuburan. Confirm seram kerana semestinya pontianak, pocong, penanggal, langsuir pasti akan menemani anda*. Ok, cut that crap, Alia! Focus, please double focus, okay? Memang sudah sedia maklum yang makhluk bernama manusia pasti akan melakukan kesalahan dalam hidupnya kan? Ia bermula apabila Alia chatting dgn kawan Alia (lelaki) kat fb. Alang-alang dia kawan Alia, apa salahnya chatting kan? Sampai la seketika itu dia beritahu yang dia suka Alia. Pergh... mcm tak percaya je dia suka Alia. Form 1 Alia kenal dia. Dia kata waktu tu dia start suka Alia. Alia ada terfikir jugak kenapa dia suka Alia. Paras rupa? Memang sudah confirm awal-awal lagi Alia tak ada la comel atau cantik sangat. Perangai? Ah, malas nak fikir. Tapi si manusia ni beritahu dia suka Alia pasal Alia comel. Tidakkah pelik namanya tu? Dia suka orang pasal paras rupa. Seriously, Alia tak faham. Then, dia kata la bila dia chat lagi dengan Alia, perasaan dia datang balik. Alia yang malu-malu mcm dia ada kat depan mata Alia. Sebenarnya, Alia tak berharap pun dia yang cakap mcm tu. Lagi bagus kalau 'Sungmin' Alia beritahu benda mcm ni sebijik sebetik kat Alia. Mesti la Alia akan jadi orang yg paling bahagia kat dunia ni. Contoh la, dengan dialog seperti di bawah:
"Sebenarnya _____ suka Nabila sejak _____ ternampak Nabila di *pertemuan pertama Alia dengan 'Sungmin'." -'Sungmin'
"Actually, Nabila pernah suka _____ dulu-dulu. Cuma Nabila tak sedar kehadiran perasaan tu" -Alia
Ahh, sweet gila. Lagi bagus luahan ni Alia dengar daripada 'Sungmin' time dah kahwin. Pergh... awal-awal lagi dh built castle in the air. Entah hidup ke tak Alia waktu tu. Berangan je la keje Alia sejak cuti sekolah ni. Tengok, dah menyimpang 360 darjah daripada topik sebenar. Sambung balik, si mamat ni mintak la number hp Alia. Taubat tak nak bagi number hp lagi sebab Alia pernah dapat panggilan lucah. Lepas tu, Alia terpaksa la sign out fb Alia.
*Beberapa jam kemudian...*
Alia dapat sms daripada dia. Dia propose Alia jadi makwe dia. Disebabkan waktu tu Alia hampir nk putus asa, Alia terima. Tak ke namanya bodoh kalau hati tu dh berpunya tapi jadi makwe orang? Waktu tu, memang Alia menyesal gila couple. Perasaan terkongkong, cakap pasal 'Sungmin' pun tak ada gunanya. Rasa terikat dengan hubungan. Tak sampai seminggu, Alia minta clash. Itupun atas nasihat Safiyah dan Sofina. Rasa kesian kat mamat tu adalah juga. Tapi hati Alia ni lagi terseksa menahan perasaan. Alia suka 'Sungmin' tapi Alia couple dengan orang lain. Mulut ni pula tak boleh kunci. Ok la, sambung part 2 nnti
Lalalala
Tuesday, January 1, 2013
Tersasar jauh part 1
Posted by Alia Salina at 1/01/2013 06:52:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment