BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Lalalala

Saturday, January 19, 2013

Di Sebalik Tabir "Kisah Sang Perindu"

Assalamualaikum~~ Ok, Alia try pulak buat kisah si virus Influenza C. Ya, memang semua sudah sedia maklum bahawa setiap perasaan yang hadir dalam hati itu semuanya kerana Allah. Orang katalah cinta itu macam virus. Mula-mula kita tak sedar, lama-lama apabila ia merebak barulah nak sedar. Ok, tanpa buang masa, bacalah puisi Alia yang tidaklah sesempurna mana. *kenyit mata*

Hai, saya virus influenza!!

"Influenza?
Apakah ia?
Adakah ia suatu virus yang sangat berbahaya?
Virus ini boleh berjangkit pada orang lain?
Tidak!"

Saya bukan sejenis virus itu
Saya dinamakan virus Influenza C
Influenza C?
Sejak bila pula ada Influenza C ni?

Okay, let me tell you~
Influenza C stands for Influenza Cinta!
Sayalah virus cinta di hati sang gadis itu.

Saya dihantar oleh sang pujangga itu
Melalui panahan matanya
Saya turun ke hati sang gadis tanpa diaktifkan

Mungkin gadis itu tidak menyedari kehadiran saya
Sedihnya~~ T_T
Saya pun duduklah dalam lubuk hatinya
Dah nak dekat setahun la melepak di situ

"Argh!! Penatnya menunggu!!
Perempuan ni memang tak sedar kehadiran aku ke?
Lelaki tu ada depan mata je
Tapi tak terkesan pun?

Pergh... memang blur la minah ni!
Apa aku nak buat?
Bukan ke mamat ni termasuk dalam taste minah ni?
Mungkin panahan mata mamat ni tak terror sangat kut!"

Memang saya mengeluh bagai nak gila.
Okeylah, duduk setahun dalam hati gadis ni pun jadilah
Sekali lagi gadis itu terserempak dengan pujangga itu
Yes! Akhirnya saya diaktifkan juga! >0<

Kali ini, kawan baik saya yang hadir
Iaitu SUKA dan MINAT 
Dia pun mula berMINAT untuk tahu tentang pujangga itu
Apa yang akan terjadi?

0 comments: